Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Perhimpunan Agung MIC Ke 72 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 27 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – “No way…” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam responnya kepada kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesanya bercuti.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, walaupun beliau berdepan dengan lebih 40 pertuduhan di mahkamah, tidak semestinya beliau harus bercuti kerana semua tuduhan itu bersifat politik dan masih dalam pendakwaan.

Kata beliau, sebaik Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) begitu ghairah mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah atas dakwaan pecah amanah dan penyelewengan.

“Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak diheret dan didakwa, kini tiba giliran saya pula untuk didakwa di mahkamah.

“Saya berdepan dengan lebih 40 pertuduhan dan 25 daripadanya berkaitan dengan AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan). Satu rekod baharu dalam perundangan Malaysia.

“Dan ketika ini pula ada satu ketua dalam sayap (UMNO) yang hampir patah keluarkan kenyataan gesa saya bercuti..No, way..untuk saya dengar cakapnya,” katanya berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-72 di Dewan Tun Razak 1, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Kelmarin, kETUA pEMUDA umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda, dilaporkan menggesa Ahmad agar bercuti bagi membolehkannya menumpu dan menyelesaikan kes yang dihadapinya.

Serentak itu juga, beliau menerima kecaman dari pelbagai pihak termasuk Pengerusi Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam yang menyifatkannya sebagai bangsat.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak menolak kemungkinan ramai lagi pemimpin UMNO dan MIC akan diheret seorang demi seorang oleh pihak berkuasa atas arahan kerajaan baharu yang mengamalkan politik dendam.

Berhubung kes yang dihadapinya, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau didakwa pecah amanah wang yayasan.

Katanya, wang itu tidak diambil daripada kerajaan dan tidak juga diambil daripada rakyat, tetapi dia telah dituduh bawah AMLA sehingga lebih 20 pertuduhan.

“Saya akan hadapinya di mahkamah dan saya hanya perlukan sokongan dari semua pihak,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. memang lah sebab politik . kalau Najib tak jadi pm dia mungkin tak buat begitu. begitu juga para menteri umno tu . berbilion seorang simpan harta. . kalau tak jadi menteri adakah sekaya itu juga . tentu hasilnya berbeza. ahli politik lah ada kesempatan kaut harta negara. bila kena dakwa memang sebab politik lah tu.

Comments are closed.