Piper PA-31
Piper PA-31

SOUTH CAROLINA – Kapal dan pesawat Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) meneruskan pencarian sebuah pesawat penumpang yang hilang di Lautan Atlantik pada Jumaat selepas data penerbangan menunjukkan kapal terbang berkenaan cuba berpatah balik ke South Carolina sebelum hilang dari radar.

Pencarian pengawal pantai lebih meluas berbanding pasukan negeri, Delware bagaimanapun masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai pesawat Piper PA-31 yang terhempas kira-kira jam 11.30 EDT, Khamis ketika dalam penerbangan ke Bahamas dari South Carolina.

Pesawat dua enjin itu hilang dari radar kira-kira 177 km di selatan Charleston selepas membuat panggilan kecemasan kepada pengawal trafik udara, kata Coast Guard dalam satu kenyataan.

“Krew-Krew USCG telah membuat pencarian di kawasan seluas 2,600 batu persegi bagi mencari pesawat yang hilang itu.

“Krew Cutter Hamilton akan meneruskan pencarian sepanjang malam ini,” kata pasukan tersebut di laman Twitter rasminya.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) enggan memberi komen berapa ramai penumpang yang berada di dalam pesawat itu. – Agensi

Tinggalkan Jawapan