Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media khas PPBM di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 26 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan persidangan tahunan kedua pada 28 hingga 30 Disember ini.

Tarikh itu diumumkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi parti itu di Menara Yayasan Selangor di sini.

Menurut Dr. Mahathir, mesyuarat turut berbincang mengenai penambahbaikan sistem keahlian parti yang didapati menimbulkan banyak perkara berbangkit.

“Kita akan selesaikan masalah sistem supaya dengan mudah sesiapa sahaja boleh sertai PPBM,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Rais Yatim yang telah berjaya menubuhkan lapan bahagian PPBM di Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan