Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam saingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang berlangsung di 10 cabang di Kedah hari ini.

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli mendakwa mendahului lawannya yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkat,a undi yang diraihnya kini 995 menerusi kemenangan di Perak pada hari ini.  

Berdasarkan kiraannya, Rafizi  kini mendapat 47,542 undi sementara Azmin memperoleh 46,547 undi.

Pengiraan Rafizi juga turut mengambil kira undi di Negeri Sembilan dan lima daripada enam cabang di Melaka yang berkemungkinan diadakan semula pemilihannya. 

Keputusan dari dua negeri itu belum dapat dimuktamadkan kerana 2,000 undi didapati hilang susulan masalah teknikal.

Namun demikian keputusan di Perak dan Kedah masih belum diumum lagi. 

Pemilihan PKR akan diteruskan esok bagi fasa ketiga yang juga terakhir di Selangor.

Rafizi walaubagaimanapun menerusi kenyataan berharap agar peningkatan undi akan kekal memandangkan pemilihan diteruskan di 6 cabang terakhir di Selangor manakala di Sabah dan Sarawak akan disambung. 

“Saya berharap sukarelawan dan jentera kempen #Reformasi20Tahun terus segar dan bersemangat untuk membuat pecutan terakhir,” katanya. – MalaysiaGazette