Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media mengenai misi bantuan perubatan dan kemanusiaan ke Kota Palu, Sulawesi, Indonesia di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO, Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 09 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memuji presiden parti kerana berjiwa besar dan meraikan kepelbagaian pandangan.

Menurut beliau, Pemuda sentiasa mempertahankan institusi kepresidenan termasuk presiden parti sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian semasa Presiden UMNO itu merasmikan majlis penutup Retreat Pemuda UMNO Malaysia 2018 di ILMU, Janda Baik, Bentong hari ini.

Sebelum itu, keputusan sayap UMNO itu pada mesyuarat pada 25 Oktober lalu memutuskan untuk mencadangkan Ahmad Zahid supaya bercuti sementara beliau berdepan dengan dakwaan di mahkamah baru-baru ini.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang ramai pimpinan parti terutama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan beberapa pihak termasuk dalam kem pemuda sendiri.

Ahmad Zahid selepas itu menyatakan beliau tidak sesekali akan berundur atau bercuti demi kelangsungan parti.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan