Bekas pensyarah kerugian RM1,8777,000 selepas ditipu oleh seorang yang mendakwa dirinya Pegawai Telekom Malaysia’ (TM).- Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Seorang kerani kerugian sebanyak RM115,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menghubunginya dan mendakwa lelaki itu mempunyai tunggakan pinjaman peribadi dengan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berusia 55 tahun itu menerima panggilan telefon pukul 3.00 petang pada Isnin daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya dari Mahkamah Kuantan serta memberitahu mangsa mempunyai tunggakan pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

“Kemudian mangsa telah disambungkan talian ke ‘Balai Polis Kuantan’ dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai sarjan Lau serta memberitahu kerani itu telah terlibat dengan penggubahan wang haram,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang mengaku polis itu mengarahkan mangsa memasukkan wang ke dalam dua akuan bank untuk siasatan polis serta pihak bank.

Katanya, mangsa yang takut dan panik mengikut arahan sindiket itu dan bertindak memindahkan duit sebanyak RM55,000 ke dalam satu akaun dan RM60,000 dalam akaun berasingan keesokkan hari (Selasa).-BERNAMA