Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim

SHAH ALAM – Pengadil Suresh Jayaraman yang mengendalikan aksi final Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam, malam ini menjadi kecaman netizen apabila dianggap sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu.

Turut bersetuju dengan pendapatan itu adalah Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan mutu pengadilan malam ini teruk.

“Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final,” kata Tunku Ismail dalam Twitternya.

Suresh jelas menjadi tumpuan apabila membuat beberapa keputusan kontroversi dalam perlawanan itu termasuk membatalkan dua jaringan Perak dan melayangkan dua kad merah kepada pemain Perak, Gilmar da Silva pada minit ke-55 dan pemain TFC, Lee Tuck (m-66).

Netizen mempersoalkan kewibawaan Suresh untuk menjadi pengadil perlawanan penting itu serta gagal mengawal perlawanan sehingga hampir tercetus pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan.

Suresh sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menjadi punca pergaduhan final Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antara pasukan UiTM Shah Alam menewaskan UiTM Perlis 2-1 yang dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta caci-mencaci pada tahun 2015.

Dalam perlawanan di Stadium Mini Shah Alam itu, Suresh turut melayangkan tiga kad merah membabitkan seorang pemain tuan rumah dan dua pemain pelawat dengan jurulatih UiTM Perlis, Manja Man meluahkan rasa kecewa terutama dengan mutu pengadilan yang disifatkannya ‘bertaraf rendah’ sehingga mengundang insiden memalukan itu. – Malaysia

Tinggalkan Jawapan