Datuk Darell Leiking.
Darell Leiking

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi besar untuk muncul sebagai hab aeroangkasa dan pusat peneraju industri itu, terutamanya segmen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) selain aktiviti pembuatan berkaitan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking berkata peningkatan kehadiran pelancong ke Sabah juga membolehkan lebih banyak pesawat mendarat di negeri itu, sekali gus memerlukan kehadiran penyedia khidmat aeroangksa.

Ini penting memandangkan keperluan pesawat menggunakan kemudahan MRO selain kepakaran dan kemahiran modal insan dalam bidang tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa lebih banyak warga Sabah menceburi industri aeroangkasa yang berupaya menjana lebih banyak peluang perniagaan serta pelaburan baharu di negeri itu.

“Hanya 10 daripada 230 penyedia perkhidmatan aeroangkasa yang didaftarkan di Malaysia, berasal dari Sabah. Jumlah itu amat kecil berbanding peluang yang terdapat dalam industri aeroangkasa.- BERNAMA