KUALA LUMPUR – Pelakon Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi pasti berasa bertuah selepas meraikan anak sulung mereka iaitu Mohamed Danish Hakim pada Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor semalam.

Ini kerana Mohamed Danish telah berjaya menghafaz al-Quran pada usia 15 tahun.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata, ini merupakan kali ketiga anaknya dan pelajar lain diraikan dalam majlis penganugerahan sedemikian.

“Mohamed Danish Hakim Al Hafiz dan sahabat yang telah berjaya menghafal Al-Quran diraikan lagi hari ni untuk peringkat Negeri Selangor pula.

“Alhamdullillah, murah rezeki anak-anak ni. Tiga kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur, terima kasih Allah untuk segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan.

“Mama dan papa je wakil untuk hari ni. Abah (Jaiezzany) hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy (Memey Suhaiza) tak dapat bersama juga sebab adik-adik tak ada siapa yang jaga. Apa yg penting kerjasama hehe…,” tulisnya di Instagram.

Abby dan Norman dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.

Mereka bercerai pada tahun 2008.

Kini, Norman bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby pula bersama Muhammad Faizal Zakaria atau Jaiezzany. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan