Baru Bian
Menteri Kerja Raya, Baru Bian bercakap kepada media pada Perasmian Persidangan dan Pameran Jalan Raya Malaysia ke-10 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 29 OKTOBER 2018

SUBANG JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mengumumkan pendirian mengenai penghapusan tol di seluruh negara selepas keputusan dicapai dalam satu mesyuarat dengan Kementerian Kewangan (MOF) tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pihaknya akan mengambil kira semua aspek sebelum melaksanakan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) itu dan memberi jaminan ia tidak akan membebankan rakyat.

“Saya tidak mahu sangka begitu (tol tertentu dimansuhkan) tapi ini akan diambil dalam kajian dan perbincangan. Jadi tunggu keputusan akhir antara MOF dan KKR.

“Kita akan buat keputusan ikut gambaran keseluruhan, kita tak ambil satu sana atau sini (tol) tapi kita lihat kepada gambaran keseluruhan dengan asasnya untuk kesenangan rakyat.

“Jumlah pengambilan konsesi tol juga telah diambil kira jika mahu tol mahu dihapuskan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kovensyen Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Baru Bian
Menteri Kerja Raya, Baru Bian (tengah) melakukan gimik Perasmian Persidangan dan Pameran Jalan Raya Malaysia ke-10 sambil diiringi Presiden Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia (REAM), Datuk Seri Dr. Roslan Md Taha (tiga kanan) dan Presiden PIARC, Prof. Ir Claude Van Rooten (tiga kiri) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 29 OKTOBER 2018

Beliau mengulas tentang janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan menghapuskan semua rumah tol di seluruh negara selepas mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

Janji tersebut masih tertangguh sejak empat bulan PH memerintah Putrajaya susulan keadaan kewangan negara tidak mengizinkan dan ia diburukkan dengan jumlah hutang negara didakwa mencecah lebih RM1 trilion.

Baru Bain juga mengakui pihaknya telah menemui kesemua operator tol di negara ini untuk proses pengambilalihan itu sekiranya janji PH itu mahu dilaksanakan kelak.

“Kita sudah jumpa semua konsesi tol dan kita buat satu mesyuarat dan ini akan dibincangkan antara MOF dan KKR.

“Selepas ini semua cadangan itu akan diadakan oleh jemaah menteri dan selepas itu akan diputuskan. Selepas itu kita tunggu keputusan daripada perbincangan itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Penghapusan tol tetap akan dilaksanakan – Tony Pua

Kerajaan PH akui bukan mudah mansuhkan tol RM400b – Baru Bian

Baru Bian akui silap guna perkataan ‘terpulang’

Kerajaan tak boleh terburu-buru hapus tol – Baru Bian

Baru Bian akui tidak boleh nafi dakwaan Tony Pua

Keputusan hapus tol dalam dua, tiga bulan lagi

Rakyat boleh terus bermimpi miliki lebuh raya tanpa tol