Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 OGOS 2018.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Jemaah UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa tidak dimaklumkan mengenai cadangan penjenamaan semula Barisan Nasional (BN).

Ku Li berkata, isu tersebut tidak pernah dibincangkan dengannya malah veteran UMNO itu memaklumkan hanya mengetahui perkara itu hanya melalui laporan media.

“Saya baru baca salam surat khabar, tidak ada rundingan (penjenamaan nama BN), tidak ada perkhabaran sebelum ini menyatakan nak ubah dalam BN sama ada mengadakan rundingan parti komponen,”katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

takanSebelum itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan BN akan dijenamakan semula sebagai langkah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Dalam masa yang sama Pas turut dialu-alukan menjadi parti komponen gabungan baharu itu nanti.

Bagaimanapun Ku Li berpendirian, gabungan antara parti pembangkang merupakan langkah terbaik kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan ia tidak sesuai dikuasai hanya satu kaum sahaja.

“Macam konsep kerajaan campuran seperti perikatan itu memang baik kerana tidak boleh bergantung dengan satu kaum dalam memimpin negara negara kita mempunyai pelbagai bangsa perkauman kita kena ambil kira semua aspek menentukan dasar dan cara menjalankan pemerintahan tidak boleh senang-senang buat keputusan ikut selera satu pihak.

“Kita (BN) berjaya 61 tahun memerintah negara atas dasar kerjasama persefahaman,” tambahnya lagi. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan