Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Selangor, menurut sumber yang dekat dengan beliau.

“Saya difahamkan Yang Amat Berhormat telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya untuk berehat daripada menjalankan tugas-tugas rasminya.

“Saya turut menafikan bahawa beliau telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara,” katanya.

Sumber itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang penyakit dihidapi Aminuddin.- BERNAMA

Tinggalkan Jawapan