Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa sebarang perubahan dasar yang dibuat oleh kerajaan tidak akan memudaratkan pelabur-pelabur.

Beliau berkata, kerajaan kini sedang menyusun semula keupayaan kewangan negara sebagai persediaan dalam menghadapi pergolakan kewangan global pada masa hadapan.

Katanya, semua langkah-langkah itu akan dimasukkan ke dalam bajet yang akan dibentangkan olehnya di Parlimen pada Jumaat depan.