Lion Air
Pesawat Lion Air

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat sebuah pesawat yang hilang hubungan dengan pengawal trafik udara pada pukul 6.33 pagi ini, lapor Straits Times

Pesawat Lion Air, penerbantan JT610 berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan pada pukul 6.33 pagi, lapor The Straits Times.

Pesawat Boeing, B737 Max 8 yang berupaya membawa sehingga 210 penumpang itu dijadualkan mendarat di Pangkal Pinang di Pulau Belitung pada pukul 7.20 pagi.

Sementara itu Lion Air mengesahkan pesawatnya telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada pagi ini namun tidak mengesahkan pesawat terbabit terhempas. – Agensi

Tinggalkan Jawapan