Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR- Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur tindakan  Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang mempersoalkan keputusan partinya menerima keahlian wakil rakyat UMNO.

Menurutnya, Kok Wai sepatutnya tidak menyatakan pendiriannya secara terbuka dan merujuk terlebih dahulu kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya rasa tak betul untuk Kok Wai mengeluarkan kenyataan seperti itu sebelum dibincangkan dengan Perdana Menteri. Sebagai contoh kita lihat saudara Mat Sabu (Presiden PAN, Mohamad Sabu) sendiri berkata penyertaan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) akan memberi sinaran baharu di Kelantan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Tan Kok Wai berkata, penyertaan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam PPBM amalan tidak sihat. 

Kenyataannya itu merujuk kepada penyertaan Ahli Parlimen Jeli ke dalam PPBM.-MalaysiGazette

Tinggalkan Jawapan