Lapangan baru terbesar di Istanbul

ISTANBUL – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan melancarkan lapangan terbang antarabangsa baharu Istanbul yang didakwa terbesar di dunia pada masa ini.

Lapangan terbang itu salah satu daripada beberapa projek mega di bawah pemerintahan Erdogan pada mulanya dijadualkan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi namun pembinaan tergendala kerana berlaku mogok dalam kalangan pekerja.

Erdogan sebelum itu mempertahankan projek bernilai 10.5 bilion euro (AS12 bilion) dalam usaha untuk menjadikan Istanbul sebagai hab global yang menghubungkan Eropah, Asiaa dan Afrika seterusnya menjadikan syarikat penerbangan Turki dikenali dunia.

Bagaimanapun, lapangan terbang itu hanya akan menawarkan penerbangan ke lima destinasi dan dijangka mengendalikan sehingga 90 juta penumpang setahun sebelum meningkat kepada 200 juta apabila semua kemudahan siap pada tahun 2028.

Jumlah itu hampir dua kali ganda daripada bilangan penumpang yang bergerak melalui lapangan terbang tersibuk di dunia, Hartsfield-Jackson di Atlanta di Amerika Syarikat.- MalaysiaGazette