Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini dasar parti UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 SEPTEMBER 2018
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. foto AFFAN FAUZI, 24 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – UMNO memahami Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti yang lemah dalam Pakatan Harapan dan dalam proses pengukuhkan kedudukannya, kata Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa.

Walaunagaimanapun beliau berkata wakil rakyat yang lain dalam UMNO diyakininya mempunyai rasa tanggungjawab yang besar selepas dipilih oleh rakyat atas tiket Barisan Nasional (BN).

“Kita faham PPBM terlalu lemah dengan 13 kerusi dan boleh tidak stabil kita faham sebagai orang politik kita faham.

“Tapi kita juga ada tanggungjawab yang besar, kita menang dengan logo BN selain daripada kita secara peribadi jadi tanggungjawab kita kepada rakyat satu dan kedua kita akan ditanya di akhirat kelak diberi amanah tapi pecah amanah.

“Walaupun ada lamaran, kita faham PPBM perlukan wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu Annuar berkata, tidak perlu Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin mewujudkan spekulasi lebih ramai lagi Ahli Parlimen UMNO yang akan meninggalkan parti itu demi menyertai PPBM.

Tambah beliau, ia tidak akan menggoyahkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.

“Tidak perlu berspekulasi siapa nak lompat ke mana, nak pergi ke mana membuat berita-berita yang separuh benar saya percaya Ahli Parlimen BN tidak goyah,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Kadir Jasin baru-baru ini berkata kira-kira 40 anggota Parlimen dari UMNO berkemungkinan akan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.

Kenyataannya ini dibuat selepas Datuk Seri Mustapha Mohamed menyertai PPBM. -MalaysiaGazette