Sebuah sekolah di Ipoh, Perak mencetuskan kontroversi apabila mengadakan upacara 'mandi bunga' untuk pelajarnya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM).
Sebuah sekolah di Ipoh, Perak mencetuskan kontroversi apabila mengadakan upacara 'mandi bunga' untuk pelajarnya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM).

IPOH – Sebuah sekolah di Ipoh, Perak mencetuskan kontroversi apabila mengadakan upacara ‘mandi bunga’ untuk pelajarnya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM).

Pengguna media sosial antaranya mengkritik upacara di SMJK Poi Lam itu yang sebenarnya hanya mencuci tangan menggunakan air bunga sebagai tidak saintifik.

Difahamkan, para pelajar keturunan Cina telah berlutut di atas lantai dan menundukkan kepada ketika berdoa sebelum berbaris untuk menggunakan air bunga bagi mencuci tangan.

Selain itu, ada juga guru dan pelajar keturunan India yang melipatkan tangan dalam upacara keagamaan.

Pihak pengurusan sekolah bagaimanapun menjelaskan bahawa upacara diadakan supaya para calon SPM dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan yang berhati tenang.

Menurut pihak sekolah lagi, upacara berkenaan diadakan selepas menerima inspirasi daripada majlis bacaan Yasin yang diadakan pelajar keturunan Melayu sebelum peperiksaan.

Kata jurucakap sekolah, upacara yang diadakan juga tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.

“Pelajar Cina menganuti agama Buddha dan Kristian manakala pelajar India menganuti agama Hindu.

“Masing-masing menyertai upacara berdoa mengikut kepercayaan masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan