Baru Bian
Menteri Kerja Raya, Baru Bian ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum muktamad dalam meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum bersara pada tahun 2003.

Menurut Menteri Kerja Raya, Baru Bian, kajian daripada pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan, undang-undang antarabangsa serta moral perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum cadangan tersebut boleh dimuktamadkan.

Jelas Ahli Parlimen Selangau (PH) itu, setakat ini pampasan sebanyak RM257.4 juta telah dibayar kepada pemaju, Gerbang Perdana Sdn Bhd dan pihak berkepentingan sebagai pampasan ketika itu.

“Sebenarnya cadangan pembinaan Jambatan Bengkok adalah perkara dasar yang melibatkan pelbagai implikasi susur ekonomi politik serta hubungan antarabangsa.

“Kita akan kaji terlebih dahulu secara terperinci sebelum mempersembahkan laporan kajian kepada barisan Jemaah Menteri sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Tujuan pembinaan Jambatan Bengkok ini adalah demi kesenangan rakyat pada masa hadapan yang pernah diberhentikan pelaksanaanya ketika era Perdana Menteri yang ke-5 ketika itu.

“Kerajaan juga telah membayar pampasan sebanyak RM257.4 juta dengan pecahan sebanyak RM155 juta kepada kontraktor utama iaitu Gerbang Perdana Sdn Bhd, RM67.8 juta kepada pihak subkontraktor dan RM35 juta sebagai ganti rugi khas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ayer Hitam (BN), Datuk Seri Wee Ka Siong tentang justifikasi pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor. Berapakah pampasan yang telah dibayar kepada Gerbang Perdana Sdn Bhd.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi bagi membolehkan kapal kecil melepasi Selat Johor namun Singapura enggan berkompromi dengan konsep itu.

Projek itu dibatalkan tahun 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri

Ekoran pembatalan itu, syarikat Gerbang Perdana Sdn. Bhd. (GPSB) yang bertanggungjawab membina jambatan berkenaan mengemukakan tuntutan pampasan sebanyak RM360 juta dan kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM257.4 juta. –MalaysiaGazette

Singapura mahu gunakan Tambak Johor 30 tahun lagi – Najib

Jambatan bengkok: Kerajaan dalam proses kajian

Jambatan bengkok tidak perlukan persetujuan Singapura – Tun Mahathir

Jambatan bengkok: Kita lihat dulu kapasiti pada masa ini – Azmin

Lebih baik teruskan projek hospital Pasir Gudang – TMJ

DAP Johor nafi berbeza pendapat dengan Tun Mahathir

Tinggalkan Jawapan