Julen Lopetegui

LONDON – Real Madrid akhirnya memecat pengurus Julen Lopetegui selepas kelab itu menampilkan prestasi buruk pada awal musim ini.

Daily Mail melaporkan, Lopetegui ditunjukkan jalan keluar sebaik sahaja dibelasah 1-5 oleh Barcelona, sekali gus menyaksikan kelab itu berada pada kedudukan kesembilan La Liga.

Buat sementara waktu, jurulatih skuad B, Santiago Solari akan menguruskan kelab itu.

Presiden kelab, Florentino Perez dikatakan berminat dengan bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte untuk mengambil alih tugas itu.

Namun pengendali kelahiran Itali itu membuat permintaan kontrak selama dua tahun setengah dan lima pembantu.

Ini membuatkan Real beralih kepada Roberto Martinez yang bakal menjadi pilihan utama.

Malah Conte juga dikatakan tidak menjadi pilihan pemain-pemain dan kapten Sergio Ramos. – MalaysiaGazette