Kasut termahal yang diperakui Malaysia Book of Records di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2018.

PETALING JAYA – Inilah rupanya kasut wanita bernilai AS$ 1.2 juta atau lebih kurang RM5 juta dan disahkan oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).

‘Penciptaan’ kasut perkahwinan dengan tumit empat inci mengambil masa selama enam bulan dan direka oleh pengasas Lawrè Bespoke, Datuk Lawre Lee sendiri.

Lawre berpengalaman kira-kira 20 tahun dalam industri dan kasut berkenaan merupakan salah satu projek yang paling bercita-cita tinggi yang pernah dilakukan oleh couturier kasut diraja yang terkenal itu.

MGF30102018_KASUT TERMAHAL08
Pengunjung, Hawa Rizwana Redzuan, 23, melihat kasut termahal yang diperakui Malaysia Book of Records di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2018.

Kasut yang sama turut melibatkan Cartivia Italy, syarikat perniagaan barangan kemas elegan bagi menjalankan projek yang sama dan menawarkan berlian terbaik bersama-sama dengan kepakaran mereka dalam pemasangan dan memasukkan berlian dan emas putih sebagai hiasan kasut berkenaan.

Kasut dihasilkan dengan bahan berkualiti tinggi menggunakan premium T Rasso dari Itali dan berfungsi menjadikan pemakainya selesa sesuai dengan produk jenama Lawré Bespoke yang sememangnya dikenali.

Menurut Lewre, penciptaan kasut mewah itu menggunakan batu permata berbeza yang dipanggilnya Koleksi 520 yang diterjemahkan kepada maksud ‘I Love You’ dari bahasa Mandarin.

“Ini adalah peluang yang sempurna kerana koleksi ini melambangkan cinta, keharmonian dan romantik,” katanya selepas majlis pengiktirafan MBOR yang dihadiri oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom Abdullah.

MGF30102018_KASUT TERMAHAL05
Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom (tengah) bergambar bersama Pengasas Cartivia Italy, Datin Seri Ruby Choo (tiga kanan), Pengasas Lewre Bespoke’s, Datuk Lewre Lew (kiri) dan Wakil dari Malaysia Book of Records (MBOR), Gillian Ooi (kanan) pada majlis pengiktirafan kasut termahal yang diperakui Malaysia Book of Records di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2018.

Berlian dan emas putih disediakan oleh Cartivia Italy, dengan proses embedding pada kasut yang mengambil hampir 2 bulan untuk disiapkan.

Sepasang kasut yang indah itu ‘tertanam’ dengan 1,188 kepingan permata asli dan berlian 32 karat selain emas putih 18 karat seberat 88.88 gram.

Berat karat, pengukuran dan emas putih berlian pada kasut ini diiktiraf secara rasmi dan disahkan oleh Makmal Gemologi Global dan diiktiraf secara luas sebagai salah satu makmal gemologi saintifik utama di dunia. – MalaysiaGazette