Sebanyak 520,000 helai jersi Christiano Ronaldo terjual dalam masa 24 jam selepas perpindahan legenda Portugal itu dari Real Madrid.
Cristiano Ronaldo

LONDON – Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo membuktikan ahli sukan lebih popular daripada golongan artis walaupun hanya beraksi di atas padang.

Ini dibukti oleh pemain Juventus itu mencatatkan rekod dunia apabila memiliki pengikut paling ramai di Instagram (IG), sekaligus mengenepikan penyanyi popular antarabangsa, Selena Gomez.

Ronaldo mencatat jumlah pengikut 144,390,070 manakala Selena pula mengikuti rapat pada kedudukan kedua dengan 144,340,323 pengikut.

Sementara itu, Ronaldo turut mendedahkan faktor utama berhijrah dari Real Madrid ke Juventus, pada Julai lalu.

Jelasnya perubahan sikap Presiden Real, Florentino Perez yang tidak lagi menerima seperti kehadiran awal lima tahun lalu.

“Saya hanya menjadi seperti Cristiano Ronaldo dalam tempoh lima lalu dan selepas itu tidak lagi menerima layanan sama.

“Sikap presiden sudah berubah dan anda boleh faham bahawa anda seperti sudah tidak diperlukan lagi,” kata Ronaldo.

Jelas Ronaldo, senario itu memberi kesan kepada dirinya sekali gus membuat hatinya untuk berpindah ke pasukan lain.

“Ada waktu saya membaca saya akan berpindah dan ia tidak betul. Namun presiden tidak tampil menjelaskan kepastian perpindahan.

“Anda dapat rasa bahawa kekal atau berpindah sama sahaja buat diri anda,” luahnya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan