Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mapam di Hotel Istana, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2018.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mapam di Hotel Istana, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang dalam proses membentuk semula negara dalam tempoh enam bulan ini.

Perdana Menteri menjelaskan, proses itu diamalkan oleh semua kerajaan baharu sebaik sahaja mengambilalih pentadbiran negara daripada kerajaan sebelum ini.

Namun ujar beliau, sudah pasti kerajaan pimpinannya memerlukan pegawai yang berpengalaman namun malangnya terdapat dalam kalangan mereka yang terlibat dengan rasuah.

“Pada masa sama, kerajaan perlu terus mentadbir negara dan tidak boleh hanya memberi fokus kepada kes rasuah oleh kerajaan lalu.

“Kami perlu memastikan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya dan memperkenalkan undang-undang baharu membanteras rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti di Hotel Istana di sini hari ini.

Dr Mahathir menambah, kerajaan baharu berpendapat sesetengah undang-undang kerajaan lama berkaitan rasuah terlalu menekan dan isu itu perlu diselesaikan.

“Kerajaan akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya. – MalaysiaGazette