James 'Whitey' Bulger . foto Reuters

VIRGINIA – Seorang bekas gengster yang sedang dipenjarakan, James ‘Whitey’ Bulger ditemui mati di dalam penjara di West Virginia.

Berusia 89 tahun, Bulger ditemui tidak sedarkan diri di dalam penjara yang mempunyai keselamatan ketat selepas dipindahkan dari penjara Florida.

Setakat ini, kematian Bulger masih disiasat.

Bulger didapati bersalah pada tahun 2013 selepas terlibat dalam 11 kes pembunuhan, mendakwa selepas mendapat inspirasi daripada filem-filem yang ditontonnya.

Beliau berjaya ditahan di California pada tahun 2011 selepas 16 tahun pihak polis mengesannya.

Kematiannya pada hari yang sama dia dipindahkan ke penjara Hazelton di West Virginia, yang menempatkan 1,385 banduan, menurut laporan media.

Seorang tahanan yang mempunyai hubungan dengan mafia sedang disoal siasat berhubung pembunuhan Bulger, tiga sumber yang diberi taklimat mengenai insiden itu memberitahu Boston Globe.

Bulger dikatakan telah dipukul oleh banduan sejurus selepas tiba di penjara itu, sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu CBS. – MalaysiaGazette