KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen, petang esok.

Sebagai usaha menyebar-luas maklumat berkaitan Belanjawan 2019, Kementerian Kewangan menyediakan saluran-saluran atas talian dan media sosial, termasuk laman Facebook, Instagram, Twitter, dan Whatsapp, yang boleh diakses secara percuma oleh rakyat Malaysia.

Saluran-saluran ini akan menyampaikan maklumat Belanjawan 2019 terkini, dalam pelbagai bentuk yang mudah difahami termasuk infografik dan video.

Selain mendapat maklumat tepat dengan cara yang mudah dan cepat, rakyat Malaysia juga dapat menyuarakan soalan-soalan mereka secara lansung kepada MOF melalui saluran-saluran rasmi ini.

Saluran-saluran rasmi ini boleh dicapai dan dilanggan melalui pautan-pautan berikut:
Laman Web : http://www.treasury.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/KementerianKewanganMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mof_malaysia/
Twitter : https://twitter.com/MOFmalaysia
Whatsapp : Hantarkan pesanan “Hello MOF” kepada 011-1000 3001
Tanda pagar #Belanjawan2019 boleh digunakan di laman-laman media sosial untuk
mengikuti perkembangan terkini dari MOF. – MalaysiaGazette