KUALA LUMPUR – Petronas Dagang Berhad menjelaskan semakan harga gas hanya terpakai kepada perkhidmatan penghantaran gas Petronas ke rumah.

Ia bagi caj penghantaran untuk pesanan melalui Pusat Khidmat Mesralink.

Petronas Dagangan berkata, caj penghantaran telah disemak selaras dengan kadar pasaran dari RM3.20 untuk 12kg (kilogram) dan 14kg silinder sebelum ini kepada RM8.20 untuk 12kg silinder dan RM8.40 untuk 14kg silinder.

“Harga yang dikenakan kepada pelanggan yang datang mengambil sendiri dari pengedar Petronas dan kedai runcit dikekalkan mengikut harga yang dikawal kerajaan sebanyak RM22.80 untuk silinder 12kg dan RM26.60 bagi setiap silinder 14kg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan