Ianni
Marco Ianni didenda 6,000 pound oleh FA England kerana meraihkan gol penyamaan ke atas MU secara agresif pada 20 September lalu.

LONDON – Jurulatih Chelsea, Marco Ianni didenda £6,000 pound (RM31,959) oleh Persatuan Bola Sepak England hari ini.

Hukuman itu menyusul selepas tindakan Ianni meraikan gol penyamaan 2-2 pada pertemuan Manchester United pada minit ke-96.

Ianni didakwa meraikan gol penyamaan itu dengan agresif di hadapan bangku simpanan pasukan Red Devils sehingga mencetuskan kemarahan pengurus pasukan lawan, Jose Mourinho.

Ia telah mencetuskan pertikaman lidah antara jurulatih itu dan Mourinho sebelum Ketua Jurulatih the Blues, Maurizio Sarri mengakui kesilapan jurulatihnya itu.

Persatuan Bola Sepak England dalam kenyataan hari ini berkata, Ianni mengakui kesalahannya serta pendakwaan yang dihadapinya.

Mourinho pula tidak didenda oleh FA sebaliknya sekadar diberi peringatan sahaja.

Jose berkata, Ianni telah memohon maaf kepadanya atas insiden yang berlaku pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge pada 20 September lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan