Khashoggi
Jamal Khashoggi dilihat memasuki bangunan konsulat pada 2 Oktober lalu. foto BBC

ISTANBUL – Wartawan Jamal Khashoggi dicekik sebaik sahaja memasuki konsulat Arab Saudi dalam perancangan membunuhnya empat minggu lalu manakala mayatnya dikerat-kerat dan dilupuskan

Dalam kenyataan yang dikeluarkan dua hari selepas perbincangan dengan pendakwa raya Arab saudi, Saud al-Mojeb, ia berkata, tiada keputusan konkrit dicapai dalam pertemuan tersebut, lapor Reuters.

Kematian Khashoggi mencetuskan krisis kepada Arab Saudi, pengeksport utama minyak dunia, yang pada awalnya menafikan mempunyai pengetahuan atau peranan dalam kehilangan wartawan itu pada 2 Oktober lalu.

Mojeb kemudian berkata, pembunuhan Khashoggi telah dirancang dan Riyard berkata 18 suspek telah ditahan.

Bagaimanapun Turki yang mempunyai bukti menidakkan penafian itu dan meminta lebih banyak perincian termasuk lokasi mayat Khashoggi dan siapa yang mengeluarkan arahan membunuhnya.

“Walaupun usaha murni kami untuk mendedahkan kebenaran, tiada keputusan konkrit dicapai dalam pertemuan itu,” kata pejabat pendakwa raya Istanbul mengenai perbincangan pada Isnin dan Selasa antara Mojeb dan ketua pendakwa raya Istanbul, Irfan Fidan.

Presiden Tayyip Erdogan yang menggesa lebih banyak maklumat daripada Arab Saudi berkata, Fidan telah meminta Mojeb mendedahkan siapa yang meghantar pasukan seramai 15 orang dari Riyard yang disyaki terbabit dalam pembunuhan tersebut. – Agensi

Tinggalkan Jawapan