Real Madrid menyediakan kontrak lumayan lima tahun bernilai 85 juta Pound untuk membawa Pochettino mengemudi Galacticos.

SEPANYOL – Real Madrid di ambang krisis untuk mendapatkan jurulatih terbaik menggantikan kekosongan Julen Lopetegui yang dipecat semalam.

Rentetan itu, Pengurus Tottenham Hotspurs Mauricio Pochettino menjadi sasaran untuk menyelamatkan gergasi Eropah itu.

Presidennya Florentino Perez dikatakan bersedia menggandakan gaji Pochettino sehingga  £17 juta pound (RM90.3 juta) untuk memastikan jurulatih kelab England itu menyertai kelab gergasi La Liga itu.

Bernabeu dikatakan menyediakan kontrak lima tahun di atas meja untuk ditandatangani Pochettino berjumlah  £85 juta pound (RM451 juta).

Real dalam keadaan terdesak mendapatkan calon terbaik itu dan sedia melabur besar untuk membangunkan semula pasukan galacticos yang bernafas baharu.

Perez selaku pengerusi kelab mahu jurulatih warga Argentina berusia 46 tahun itu bersetuju menyertai kelab itu.

Bagaimanapun Perez mengakui peluangnya sukar di tengah musim ini dan mengambil pendirian tunggu dan lihat sehingga penghujung musim ini reaksi dan respon Pengerusi Spurs Daniel Levy.

Ia dikatakan usaha jangka panjang psukan gergasi Sepanyol itu kerana merancang untuk membawa masuk bersama Harry Kane untuk memperkuatkan jentera serangan.

Perez merasakan Pochettino mempunyai profil pengamalam bola sepak yang terbaik dan bersandarkan taktik menyerang.

Andai kata misi itu gagal, bekas Pengurus Chelsea Antonio Conte diletakkan sebagai pilihan kedua Galacticos.

Sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu ke Juventus, Real mula menampakkan kemerosotan dalam setiap aksi La Liga dan yang terburuk mereka dilanyak 5-1 oleh musuh tradisinya Barcelona dalam pertembungan El Classico kelmarin.

Ia merupakan kekalahan keenam kelab yang menjulang Liga Juara Juara Eropah selama tiga musim berturut turut dengan bimbingan Zinedine Zidane.

Kini Real menduduki tangga kesembilan dengan 3 kemenangan dan enam kekalahan setakat ini manakala takhta liga diungguli Barcelona. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan