Menteri Pengakutan, Anthony Loke (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad, Mohd Rani Hisham (tiga kanan) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (dua kanan) menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong riben pada majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum di Stetsen Keretapi Abdullah Hukum, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 NOVEMBER 2018.
Menteri Pengakutan, Anthony Loke (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad, Mohd Rani Hisham (tiga kanan) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (dua kanan) menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong riben pada majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum di Stetsen Keretapi Abdullah Hukum, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengangkutan sedang dalam usaha membangunkan sebuah aplikasi bagi kemudahan pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, aplikasi itu boleh digunakan menerusi telefon pintar untuk mengetahui masa keretapi akan sampai.

“Kita sedang dalam usaha memberikan maklumat yang lebih lengkap, tepat kepada pengguna. Antara satu insiatif yang kita sedang lihat adalah membangunkan satu aplikasi di mana-mana pengguna akan tahu bila keretapi akan sampai menerusi aplikasi dalam telefon pintar

“Para pengguna tidak payah ke stesen keretapi terlebih dahulu mereka boleh melihat menerusi aplikasi bilakah keretapi akan sampai aplikasi ini sedang dibangunkan dan diharap akan memudahkan orang ramai, dalam masa beberapa bulan lagi,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepass perasmian Stesen KTMB Abdullah Hukum hari ini.

Anthony juga akui bahawa KTMB menerima banyak rungutan berkenaan perkhidmatannya kerana kekurangan kekerapan keretapi.

Namun jelasnya ia disebabkan oleh proses membaiki landasan demi meningkatkan taraf perkhidmatan KTMB.

“KTM sudah tentu mengalami masalah struktur, kerana ktia sedang dalam proses membaiki landasan kita itu sebabnya kita menghadapi kekangan yang besar untuk memberikan kekerapan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan keretapi khsusnya komuter.

“Tetapi kita akan sedaya upaya untuk mengatasi masalah itu dan pihak pengurusan sedar bahawa kita sentiasa berusaha untuk meningkatan kecekapan perkhidmatan,” ujarnya.

Terdahulu Anthony dalam ucapan perasmiannya berkata bahawa dijangkakan pengguna keretapi akan meningkat kepada 5,000 pengguna sehari menjelang tahun 2020. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan