KUALA LUMPUR – Gara-gara tersilap mengisytiharkan elaun ahli Parlimen sebanyak dua kali,  Menteri Kerja Raya, Baru Bian kini menduduki senarai teratas anggota Kabinet Pakatan Harapan yang menerima pendapatan paling banyak iaitu RM108,056.

Sebelum itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendahului senarai dengan jumlah pendapatan sebanyak RM86,464.92.

Baru Bian memaklumkan beliau telah membuat kesilapan apabila mengisytiharkan elaun yang diperoleh sebagai ahli Parlimen sebanyak dua kali.

Katanya, beliau baru sedar kesilapan tersebut apabila meneliti laporan perisytiharan harta oleh semua wakil rakyat Pakatan Harapan.

baru bian

“Saya dalam proses untuk memfailkan perisyhtiharan yang betul. Saya tidak boleh mengatasi Menteri Kewangan,” katanya di laman Twitter.

SPRM hari ini menerusi portal hari ini menyenaraikan jumlah pendapatan yang diperoleh menteri-menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan menerusi portal https://mydeclaration.sprm.gov.my

Sementara itu mengulas lanjut kepada Malaysiakini, menteri kerja raya itu berkata, mendedahkan dirinya sebenarya telah tersilap dengan mengisytihar sedang menerima dua elaun iaitu sebagai Menteri KKR dan juga Ahli Parlimen Selangau.

Setakat ini, beliau hanya menerima elaun bagi jawatan Menteri sahaja.

“Saya buat perisytiharan baru sekarang. Saya telah terlebih isytihar, saya isytiharkan elaun berganda.

“Saya tak dapat tewaskan Lim Guan Eng. Jumlah sebenar lebih rendah, sekitar RM78,000,” katanya dalam laman twitternya.

Ini sekaligus menyebabkan ketika ini, Baru Bian adalah Menteri yang mempunyai pendapatan kedua tertinggi selepas Guan Eng. – MalaysiaGazette

 

Pendapatan Guan Eng tertinggi, Syed Saddiq pula RM50,238

Netizen tanya SPRM: Nama portal gempak, tapi setakat isytihar pendapatan?