Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran (dua kiri) menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing, Datuk Seri Hishamudin Md Yunos (dua kanan) sambil diperhatikan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh, Wan Zulkifli Wan Stapa (kiri) pada Sesi Townhall: Pengurusan Pekerja Asing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 01 NOVEMBER 2018.
Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran (dua kiri) menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing, Datuk Seri Hishamudin Md Yunos (dua kanan) sambil diperhatikan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh, Wan Zulkifli Wan Stapa (kiri) pada Sesi Townhall: Pengurusan Pekerja Asing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 01 NOVEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia menyasarkan Laporan Akhir Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, semua keputusan akan dibuat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd. Hishammuddin Md. Yunus dan tidak membabitkan dirinya.

“Cadangan daripada jawatankuasa bebas diharap dapat dijadikan landasan untuk kerajaan menambahbaikan dan meningkatkan kecekapam pengurusan pekerja asing di negara ini.

“Di antara isu yang telah dibangkitkan sepanjang sesi Town Hall sejak 9 Oktober lalu di beberapa negeri meliputi perkara berkenaan proses dokumentasi bagi permohonan mendapatkan pekerja asing, kadar lebi, masalah pekerja yang melarikan diri daripada pihak majikan, penggunaan aplikasi MyEG dan isu-isu berkaitan penyumberan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepa menghadiri sesi Town Hall Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Pada 30 September lalu, beliau mengumumkan kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa bebas itu yang diketuai Hishammuddin.

Sehingga hari, sebanyak 13 sesi Town Hall telah diadakan melibatkan 28 memorandum dan 550 makluman balas yang mencatatkan kehadiran 3,666 peserta daripada pihak berkepentingan.

Kula Segaran berkata, antara penambahbaikan dasar yang menjadi tumpuan adalah kajian sistem levi multi-tier (pelbagai lapisan) yang akan memberi kemudahan kepada majikan untuk menentukan jumlah pekerja asing yang ingin digajikan.

Jelas beliau, sistem itu juga bakal berperanan yang menyebabkan semakin ramai pekerja asing dan semakin tinggi levi dikenakan.

Tambahnya, ia telah diperkenalkan di Singapura yang mana kelonggaran untuk menggajikan pekerja asing dipertanggungjawabkan kepada majikan namun elemen kawalan oleh kerajaan berdasarkan levi.

“Pada masa sama, kementerian juga sedang kaji sistem bon yang telah juga dilaksanakan di negara itu dalam usaha mengekang gejala pekerja asing lari daripada majikan menerusi ikatan bon dan insuran.

“Ketika ini, dasar yang sama telah wujud namun tidak dikuatkuasakan dan kita mahu sistem bon menyebabkan jumlah wang pekerja tidak dipulangkan dan nilai insuran mereka semakin tinggi pada akan datang jika ingin memohon semula dengan majikan baharu,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan