Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Pendirian sesetengah pemimpin Pas berhubung isu lompat parti ternyata berbeza-beza.

Jika Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia untuk membuka pintu kepada mana-mana ahli parlimen yang ingin melompat parti namNik Abduh Nik Aziz.

“Kita alu-alukan untuk dia bersama Pas. Tetapi kita kena hormati hak rakyat. Kita dulu pernah desak Ahli Parlimen Pas supaya letak jawatan dan beri mandat baharu.

“Dulu UMNO pun menentang tetapi ahli UMNO yang lompat parti sekarang baru nak peraturan.

“Mana-mana parti yang memerintah, jadi budaya parti itu akan lompat parti tersebut dan kita bimbang isu pembersihan kes dengan sertai kerajaan, akhirnya fail dia jadi bersih,” kata Tuan Ibrahim ketika ditemui di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pula berkata, parti itu tidak akan menerima mana-mana ahli parlimen yang ingin melompat ke partinya.

Ujarnya, aktiviti lompat parti adalah satu perbuatan tidak beretika dan mengkhianati mandat  rakyat.

“Apabila individu yang menjadi calon bertindak lompat parti bagi saya itu mengkhianati dan sikap itu diambil oleh Pas sejak dulu.

“Mereka yang lompat parti tidak ada seorang pun yang kita terima menjadi ahli Pas. Sekarang tidak ada yang lompat parti masuk parti,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abduh mengakui keputusan untuk menerima atau tidak mana-mana Ahli Parlimen yang melompat parti adalah termaktub kepada keputusan muktamad kepimpinan berhubung pendirian itu.

“Sikap Pas adalah kita tidak terima mereka yang lompat parti ini. Sehingga ada keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi.

“Segala aktiviti lompat parti yang berlaku sekarang, kita jelas tidak terima mereka,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Bachok itu merujuk perbuatan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah meninggalkan UMNO.

Mustapa bertindak menyertai Bersatu setelah mengumumkan keluar UMNO pada 18 September lalu.

Tindakan itu menyaksikan Mustapa menjadi satu-satunya wakil Bersatu di Negeri Kelantan. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan