Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dalam kalangan 190 buah negara, menurut Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2019.

Kedudukan itu bertambah baik berbanding tempat ke-24 pada tahun lalu.

Laporan Menjalankan Perniagaan itu memberi kedudukan ekonomi berdasarkan perniagaan, peraturan dan kemudahan menjalankan perniagaan.

Indikator yang dinilai ialah Memulakan Perniagaan, Mengurus Permit Pembinaan, Mendapatkan Elektrik, Mendaftar Harta, Mendapatkan Kredit, Melindungi Minoriti Pelabur, Membayar Cukai, Perdagangan Di Sempadan, Menguatkuasakan Kontrak, dan Menyelesaikan Insolvensi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, Bank Dunia telah mengiktiraf banyak pembaharuan pengawalseliaan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Malaysia.

Menurut beliau, Pemudah (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) telah memula kan dan memacu pembaharuan pengawalseliaan dan penambahbaikan dalam melakukan perniagaan di Malaysia.

Panduan dari kepimpinan Pemudah telah menyaksikan pembaharuan pengawalseliaan dan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh kumpulan fokus dengan pihak berkepentingan sokongan.

Katanya, responden Laporan Menjalankan Perniagaan Melakukan melalui kajian kes penilaian di 10 bidang yang melibatkan perniagaan di ibu kota Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dalam bidang Berurusan Dengan Permit Pembinaan, Pemudah dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai sekretariat, dengan bantuan daripada persatuan industri utama, sejak lima tahun lalu meluaskan peningkatan inisiatif ke semua negeri dan majlis tempatan.

“Melangkah ke hadapan, usaha ini akan diteruskan untuk aspek lain dalam menjalankan  perniagaan di Malaysia,” katanya.

Jelas beliau, fokus dan hala tuju inisiatif pembaharuan kini berada di landasan yang betul telah mencerminkan menjalankan perniagaan semakin lebih baik di Malaysia.

Kerajaan, melalui Pemudah akan melaksanakan lebih banyak pembaharuan inisiatif untuk meningkatkan lagi kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia melalui daya saing. – MalaysiaGazette