Seorang gelandangan dibunuh dalam satu kejadian di Jalan Genting Kelang, Setapak malam tadi

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gelandangan mati dibunuh oleh suspek tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Genting Kelang, Setapak malam tadi.

Menurut orang ramai, mangsa merupakan seorang gelandangan yang sering berkeliaran di kawasan tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis selepas bergegas ke lokasi kejadian di hadapan kedai Uho Electrical & Trading, Setapak, Kuala Lumpur dan
telah menahan seorang lelaki disyaki suspek melakukan pembunuhan itu .

“Polis menerima maklumat 11.54 malam dan sampai ke tempat kejadian sebelum hasil siasatan telah menahan seorang lelaki Cina berumur 42 tahun.

“Lelaki itu sedang bertindak agresif di tengah-tengah jalan raya dalam keadaan berdarah tanpa berbaju dan masih berada di dalam keadaan disyaki mabuk,” katanya dalam kenyataan di sini pagi tadi.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan perintah reman ke atas suspek akan diperolehi hari ini.

Katanya,pemeriksaan di tempat kejadian didapati ada kesan pergelutan dan kesan darah di atas permukaan jalan raya.

Menurutnya lagi, identiti dimati masih belum diketahui kerana tiada apa apa dokumen pengenalan diri dijumpai bersamanya di lokasi kejadian.

“Daripada maklumat orang awam menyatakan simati adalah seorang gelandangan yang tinggal yang sering berada di kawasan berkenaan.

“Pegawai perubatan telah hadir di tempat kejadian hubungi dan membuat pemeriksaan terhadap si mati dan telah mengesahkan kematian pada pukul 12.40 pagi.

“Siasatan polis juga mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala akibat dipukul dengan tokong kecil Buddha,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette