Polis membawa kotak dipercayai mengandungi mayat bayi yang ditemukan di tong samah. - foto facebook Kota Samarahan Kini
Polis membawa kotak dipercayai mengandungi mayat bayi yang ditemukan di tong samah. - foto facebook Kota Samarahan Kini

KUCHING – Seorang buruh, yang sedang mencari tin aluminium kosong di Taman Vista Ilmu, Kota Samarahan di sini terkejut apabila menjumpai mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, dibungkus dalam beg plastik di sebuah tempat pembuangan sampah.

Seorang pembantu perubatan dari Pusat Jantung Sarawak di Hospital Umum Sarawak di sini mengesahkan bahawa bayi perempuan itu telahpun meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk post mortem.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis merayu kepada orang ramai tampil membantu memberi maklumat mengenai kes ini.

— BERNAMA