Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah anggota Parlimen daripada UMNO akan semakin menyusut menjelang akhir bulan ini.
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk meneruskan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dengan memperkenalkan lebih banyak dasar strategik pada masa depan kelak.

Menurut Menteri Hal Ehwal Eknomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kerajaan baharu memegang prinsip menjaga kepentingan serta peduli rakyat dan akan merancang setiap dasar mengikut keperluan dari masa ke semasa.

Jelas beliau, ketika ini kerajaan sedang meneliti semula setiap dasar utama negara, pembangunan sosioekonomi tanpa berkompromi tentang keepntingan orang Melayu dan Bumiputera sedia ada dan juga yang bakal diperkenalkan.

“Walaupun kita lakukan kajian meneyeluruh tentang sosioeknomi orang melayu dan Bumiputera,kita juga tidak akan pinggirkan kaum lain di negara ini.

“Pengagihan ekonomi harus dilakukan secara adil kepada semua rakyat mengikut keperluan masing-masing.

“Tindakan afirmatif akan diteruskan khususnya untuk membangunkan potensi Bumiputera bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi negara dan seterusnya mencapai matlamat pengagihan kekayaan yang lebih saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Kata Mohamed Azmin, DEB  kali ini akan memberi penekanan kepada agenda ‘serampang dua mata’ dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Malah tambah beliau, kerajaan juga sedang menyusun semula masyarakat bagi merapatkan jurang ekonomi.

“Semangat DEB diteruskan di bawah dasar-dasar selepasnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan Model Ekonomi Baru (MEB) dalam usaha ke arah mencapai matlamat kesaksamaan sosio-ekonomi dan perpaduan negara.

“Kita juga sedang merancang serta melihat bagaimana pelaksanaan DEB masih relevan dengan berterusan memperkasa melalui dasar baharu dengan kesesuaian keperluan semasa,” tegasnya. –MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan