LONDON – OPEC telah meningkatkan pengeluaran minyak pada tahap tertinggi pada bulan lalu sejak tahun 2016.

Peningkatan itu dipacu oleh Emiriah Arab Bersatu dan Libya bagi menambung pengurangan penghantaran oleh Iran yang akan menjalani sekatan oleh Amerika Syarikat.

OPEC mengeluarkan sebanyak 33.31 juta tong minyak sehari pada bulan Oktober, menurut tinjauan Reuters, meningkat sebanyak 390,000 tong berbanding bulan September.

Ia merupakan paras tertinggi oleh OPEC sejak Disember 2016.

OPEC telah bersetuju pada Jun lalu untuk mengeluarkan lebih banyak minyak selepas mendapat tekanan daripada Presiden Donald Trump yang mahu menangani kenaikan harga dan bersedia pengurangan bekalan dari eksport Iran.

Harga minyak merekodkan kenaikan empat tahun tinggi kepada AS$86.74 setong pada 3 Oktober lalu tetapi selepas itu susut sekitar AS$76 ekoran kebimbangan terhadap bekalan.

“Pengeluar minyak kelihatan berjaya mengimbangi gangguan bekalan dari Iran dan Venezuela,” kata Carsten Fritsch, penganalisis dari Commerzbank di Frankfurt.

Pengeluaran UAE pada bulan Oktober meningkat sebanyak 200,000 tong kepada 3.25 juta sehari dan kapasiti pengeluaran minyak negara ity akan mencapai 3.5 juta tong sehari menjelang akhir tahun.

Yang kedua terbesar dari Libya yang mana pengeluaran rata-rata 1.22 juta tong sehari, peningkatan 170,000 tong.

Keluaran Libya kekal tidak menentu akibat kerusuhan, menimbulkan persoalan mengenai kestabilan pengeluaran semasa OPEC. – MalaysiaGazette