Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas di perairan Tanjung Karawang pagi ini.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas di perairan Tanjung Karawang pagi ini.

JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas di perairan Tanjung Karawang pagi ini.

Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata FDR itu ditemui di kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas.

“Kami menemui sebahagian kotak hitam, iaitu FDR, (tapi) perakam suara kokpit (VCR)” masih belum ditemui,” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan sebuah televisyen tempatan, TV One dari Kapal KM Baruna Jaya 1, yang terlibat dalam operasi pencarian itu di perairan Tanjung Karawang hari ini.

Beliau berkata FDR itu ditemui pasukan penyelam tentera Indonesia (TNI) pada jam 10.05 pagi ini.

Kotak hitam pesawat itu mengandungi FDR (yang merekodkan percakapan di dalam pesawat) dan CVR (yang merekodkan percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang di kokpit).

Sementara itu penyelam yang menemui FDR berkenaan, Sertu Hendra berkata beliau melihat sebuah kotak berwarna orange yang tertimbus di dalam lumpur di dasar laut yang berlumpur itu.

“Ketika itu saya menyelam di kedalaman 30 meter, saya juga melihat adanya bangkai pesawat, yang panjangnya kira-kira satu meter setengah,” katanya.

Operasi SAR hari keempat hari ini itu turut mengunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar yang sebelum itu telah mengesan isyarat “ping” di koordinat berkenaan.

Penerbangan JT610 itu membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan