KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki Britain, Paul Geoffrey Stadlen bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad.

Stadlen penduduk tetap Malaysia adalah bekas bos Apco Worldwide di Malaysia, juga adalah bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam kempen-kempen publisiti dan operasi media.

Apco Worldwide pernah didakwa dibayar berjuta-juta ringgit untuk mengendali imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Wall Street Journal mendakwa, Stadlen adalah sebahagian daripada Kumpulan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2013 namun telah dinafikan.

Alamat terakhir Stadlen, 39 ialah di Unit A-29-B, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai makluma mengenai Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan, Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364 atau emel kepada [email protected] atau Penguasa Fahmee Mohd Nor di talian 03-8870- 0419 atau [email protected] – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan