Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) bergambar bersama saintis penyelidikan Malaysia pada majlis Persidangan dan Pengumuman Akademik Sains Malaysia di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan hendak meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi membolehkan penuntutnya berpolitik.

Katanya, selama ini pun, kerajaan tidak pernah menghalang apatah lagi menyekat penuntut universiti daripada berbicara dan bercakap mengenai sesuatu isu negara.

“Tidak perlulah. Selama ini pun mereka (penuntut) diberi kebebasan (bercakap isu politik),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Persidangan dan Pengumuman Akademi Sains Malaysia di sebuah hotel hari ini.

Mahathir diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika menggulung Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Parlimen kelmarin berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan dalam universiti awam.

Katanya, pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun. – MalaysiaGazette