KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Bagi menghargai 201,600 penjawat awam yang bukan beragama Islam, kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod yang sama bagi tujuan keagamaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai awam lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 November 2018. – MalaysiaGazette