Lim Guan Eng
Kerajaan tidak bercadang mengenakan cukai kemewahan terhadap golongan kaya di negara ini bagi menggelak kejutan terhadap pasaran modal dan kewangan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 mulai 1 Januari 2019.

Ia akan menyediakan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum sebanyak RM2 bilion ke dalam dana permulaan yang akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

Kerajaan menjangkakan saiz dana akan berkembang dengan penglibatan syarikat insurans lain.

Ini merupakan satu peralihan besar dalam usaha untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif merangkumi KWSP dan Perkeso serta institusi perlindungan sosial yang lain.

Katanya, kerajaan bercadang untuk mengecualikan duti setem ke atas semua Produk Perlindungan Tenang untuk dua tahun bermula 1 Januari 2019.

Untuk menggalakkan pemilikan perlindungan insurans, perlepasan cukai bagi caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan.

Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen yang diluluskan; dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat.

Bagi penjawat awam di bawah skim pencen, pelepasan cukai adalah sehingga RM7,000. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan