Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dasar monetari akan kekal akomodatif pada tahun depan dan pertimbangan untuk pelarasan akan bergantung kepada risiko yang mempengaruhi unjuran pertumbuhan domestik dan inflasi.

Sistem kewangan domestik juga kekal stabil dan teguh disokong oleh pasaran kewangan yang mendalam dan mudah tunai yang tinggi, institusi kewangan yang kukuh dan berkeyakinan berterusan terhadap sistem perbankan.

Tinjauan pasaran ekuiti domestik diunjur mencatatkan kenaikan walaupun terdapat ketidaktentuan luar, menurut Tinjauan Ekonomi 2019.

Perbankan Islam dijangka terus berkembang berikutan permintaan kukuh daripada isi rumah dan perniagaan untuk produk dan perkhidmatan kewangan patuh Syariah.

Sehubungan itu, Malaysia dijangka mengekalkan kedudukan sebagai peneraju global dalam kewangan Islam. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan