Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

Ia merupakan kenaikan sebanyak RM50 lagi berbanding kenaikan yang diumumkan sebelum ini sebanyak RM1,050.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kenaikan gaji itu diharap dapat menampung suasana kenaikan kos sara hidup. – MalaysiaGazette