Pelabuhan Singapura

KUALA LUMPUR – Import negara dijangka berkembang 4.1 peratus pada tahun depan disokong oleh import barangan pengantara dan aktiviti eksport semula yang stabil.

Tinjauan Ekonomi 2019 berkata, import barangan pengantara dijangka pulih 4.2 peratus dan terus menyokong aktiviti pembuatan.

Import untuk tujuan eksport semula diramal berkembang kukuh dipacu oleh penempatan semula hab pengedaran syarikat multinasional ke Malaysia.

Import barangan modal diunjur berkembang 2.9 peratus selaras dengan peningkatan aktiviti pelaburan swasta dan import barangan penggunaan dijangka naik 3.1 peratus selaras dengan sentimen pengguna.

Katanya, import kasar dijangka berkembang sederhana 4.0 peratus pada tahun ini ekoran penurunan import barangan pengantara sebanyak 4.6 peratus.- MalaysiaGazette