Amerika Syarikat mengenakan tarif baharu ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion mulai 24 September lalu. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Kadar inflasi pada tahun 2019 diunjur meningkat antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus disumbangkan oleh kesan asas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Selain itu, menurut Tinjauan Ekonomi 2019, prospek pertumbuhan kadar inflasi juga bergantung kepada ketidaktentuan harga minyak global, ketegangan geopolitik, perang perdagangan dan perubahan kadar mata wang asing.

Kadar inflasi dijangka berkembang dengan sederhana antara 1.5 peratus dan 2.5 peratus pada tahun ini.

Ia disebabkan oleh penetapan harga minyak petrol RON95 dan diesel pada RM2.20 dan RM2.18 seliter serta kadar sifar GST antara bulan Jun dan Ogos lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan