Kelihatan lebuhraya menuju ke Tol Gombak sesak.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor.

Pemansuhan itu membabitkan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan