Berdasarkan gambar yang tular nama tertera pada surat LZS itu ialah Low Heng Cheong yang beralamat di Puchong.

KUALA LUMPUR – Kecoh tular mengenai satu surat Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada individu berketurunan Cina di media sosial hari ini.

Ramai netizen mempertikaikan tindakan LZS sehingga ada yang mendakwa kerajaan Selangor melalui LZS memberi zakat kepada bukan Islam.

“Kerajaan Selangor beri zakat kepada orang bukan Islam.

“Kenapa duit zakat bagi kepada bukan Islam? Itu hak orang Islam,” kata posting yang dimuatnaik oleh media sosial TawanSelangor.

Berdasarkan gambar yang tular nama tertera pada surat LZS itu ialah Low Heng Cheong yang beralamat di Puchong.

Bagaimanapun LZS mengambil tindakan pantas menjawab dakwaan itu dan mengesahkan Heng Cheong sebenarnya seorang mualaf.

“Untuk makluman, (Heng Cheong) adalah asnaf mualaf yang mendapat bantuan dari LZS,” kata kenyataan LZS di media sosialnya hari ini.

Menurut kenyataan LZS lagi, mualaf itu masih menggunakan nama tersebut dan untuk makluman, syarat pengislaman tidak menghalang mana-mana mualaf untuk mengekalkan nama asal mereka. Islam itu indah dan mudah,” kata kenyataan LZS.- Malaysiagazette

Tinggalkan Jawapan