Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama timbalannya Datuk Ir Amiruddin Hamzah (dua kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir (tiga kanan) menunjukkan beg berisi teks ucapan Bajet 2019 yang akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

PUTRAJAYA РTanggal 2 November bakal melakar sejarah Malaysia apabila pembentangan Belanjawan 2019 dibawa ke bangunan Parlimen untuk dibentangkan oleh Menteri Kewangan mewakili Pakatan Harapan (PH).

Kali ini agak berbeza apabila dokumen rasmi Belanjawan 2019 bukan lagi dibawa oleh Perdana Menteri seperti kebiasaannya tetapi kali ini oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang juga pemimpin utama DAP.

Guan Eng yang turun dari pejabatnya di Kementerian Kewangan, di sini, kira-kira 2.50 petang tadi bagaimanapun memberi penghormatan kepada umat Islam apabila dibacakan doa selamat di pintu utama kementerian itu.

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menunjukkan beg berisi teks ucapan Bajet 2019 yang akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

Doa selamat dibacakan dan dipimpin sendiri oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah

Guan Eng yang mengenakan pakaian suit lengkap serba hitam yang hadir pada Majlis “Send Off” sempena Belanjawan 2019 itu bagaimanapun meninggalkan Kementerian Kewangan seusai doa selamat.

Sebelum beredar ke bangunan Parlimen di ibu negara, Guan Eng sempat bergambar sambil memegang beg tangan yang mengandungi dokumen Belanjawan 2019 yang bakal dibentangkan jam 4 petang nanti.

Belanjawan 2019 kali ini juga menyaksikan kelainan apabila Menteri Kewangan tidak lagi mengenakan pakaian tradisi lengkap baju Melayu bersongkok seperti ketika pemerintahan Barisan Nasional sejak 61 tahun lalu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan